Aktiviti

Malaysia Perlu Kuasai Ekosistem Drone, Bukan Sekadar Memiliki Teknologi

KUALA TERENGGANU — Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi pengguna teknologi drone kepada negara yang mampu menguasai keseluruhan ekosistem teknologi berkenaan bagi mengurangkan kebergantungan strategik kepada pihak luar. Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata kedaulatan teknologi drone tidak hanya bergantung kepada kemampuan menghasilkan atau membeli pesawat tanpa pemandu (UAS), sebaliknya merangkumi penguasaan teknologi […]

Malaysia Perlu Kuasai Ekosistem Drone, Bukan Sekadar Memiliki Teknologi Read More »

Bakat Tempatan Penentu Kedaulatan Teknologi Drone Malaysia

KUALA TERENGGANU — Pembangunan bakat tempatan perlu menjadi keutamaan dalam usaha Malaysia membina kedaulatan teknologi drone, kata Techsamana. Timbalan Pengerusinya, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata teknologi yang canggih tidak akan memberikan kelebihan strategik kepada negara sekiranya Malaysia tidak mempunyai tenaga manusia yang mampu mereka bentuk, mengintegrasi, menguji, membaiki dan menaik taraf sistem tersebut. Menurut beliau,

Bakat Tempatan Penentu Kedaulatan Teknologi Drone Malaysia Read More »

Sumber Tempatan Berpotensi Jadi Komponen Drone Masa Hadapan

KUALA TERENGGANU — Malaysia mempunyai sumber, kepakaran dan kapasiti industri tempatan yang berpotensi dimanfaatkan dalam pembangunan komponen teknologi drone, namun ia memerlukan usaha sistematik daripada penyelidikan sehingga pengeluaran. Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata pembangunan teknologi tempatan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada proses melokalkan produk asing, sebaliknya perlu bermula dengan mengenal pasti khazanah

Sumber Tempatan Berpotensi Jadi Komponen Drone Masa Hadapan Read More »

Drone Mampu Jadi Instrumen Diplomasi dan Pengaruh Strategik Malaysia

KUALA TERENGGANU — Teknologi drone bukan lagi sekadar aset penerbangan atau peralatan teknologi, malah berpotensi menjadi instrumen diplomasi dan pengaruh strategik sesebuah negara.Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata penguasaan ekosistem drone boleh membuka ruang kepada negara untuk membina hubungan keselamatan, memperluas kerjasama industri dan meningkatkan pengaruh geopolitik. Beliau berkata teknologi drone boleh menjadi

Drone Mampu Jadi Instrumen Diplomasi dan Pengaruh Strategik Malaysia Read More »

Techsamana Perkenal UAS-EDGE Untuk Bina Laluan Bakat Dari Sekolah Ke Industri

KUALA TERENGGANU — Minat generasi muda terhadap teknologi perlu diterjemahkan kepada laluan pembangunan bakat yang jelas supaya mereka dapat bergerak daripada sekadar pengguna teknologi kepada pencipta dan penyumbang kepada industri. Atas keperluan itu, Techsamana mengetengahkan pendekatan UAS-EDGE (UAS Ecosystem Development for Growth & Empowerment) sebagai satu kerangka pembangunan ekosistem bakat teknologi khususnya dalam bidang sistem

Techsamana Perkenal UAS-EDGE Untuk Bina Laluan Bakat Dari Sekolah Ke Industri Read More »

Pengalaman Türkiye: Malaysia perlu membangunkan ekosistem universiti-industri yang berteraskan teknologi nasional

Hubungan antara universiti dan industri sering dianggap sebagai kunci utama dalam melahirkan inovasi serta mempercepatkan pembangunan teknologi sesebuah negara. Namun, cara hubungan ini dibentuk sebenarnya bergantung kepada falsafah pembangunan negara itu sendiri. Satu perkara yang menarik ialah perbezaan antara Amerika Syarikat dan Türkiye. Dua Falsafah, Dua Bentuk Ekosistem Amerika Syarikat banyak dipengaruhi oleh falsafah tekno-globalismm,

Pengalaman Türkiye: Malaysia perlu membangunkan ekosistem universiti-industri yang berteraskan teknologi nasional Read More »

Techsamana Seru Bangunkan Teknologi Mandiri Berteraskan Kearifan Lokal Demi Kedaulatan Negara

Persatuan Profesional Sains dan Teknologi Malaysia (TECHSAMANA) telah dijemput sebagai salah seorang panel dalam 𝗥𝗜𝗜𝗗𝗘𝗫 𝟮.𝟬 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 : “𝗙𝗿𝗼𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗼 𝗚𝗮𝘇𝗮: 𝗥𝗲𝗯𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗛𝗼𝗽𝗲 𝗧𝗵𝗿𝗼𝘂𝗴𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗰 𝗩𝗮𝗹𝘂𝗲𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻” bersempena 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗮𝘂 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 & 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗘𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿𝘀𝗵𝗶𝗽 𝗘𝘅𝗵𝗶𝗯𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 𝟮.𝟬 (𝗥𝗜𝗜𝗗𝗘𝗫 𝟮.𝟬) yang telah berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

Techsamana Seru Bangunkan Teknologi Mandiri Berteraskan Kearifan Lokal Demi Kedaulatan Negara Read More »

Techsamana & SMK Bukit Sawa Terokai Potensi Kerjasama Strategik Bersama STRIDE

𝗧𝗲𝗰𝗵𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 (𝗦𝗠𝗞) 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗦𝗮𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗜𝗕𝗞𝗦 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (𝗦𝗧𝗥𝗜𝗗𝗘), Kementerian Pertahanan Malaysia. Delegasi telah disambut oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗖𝗵𝗠. 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝗵𝗱𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗖𝗵𝗲 𝗜𝘀𝗮, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 (𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻) serta pegawai-pegawai kanan STRIDE bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan bakat, inovasi

Techsamana & SMK Bukit Sawa Terokai Potensi Kerjasama Strategik Bersama STRIDE Read More »

Techsamana Teroka Potensi Remaja Utara Bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Alor Setar

Alor Setar, 10 Jun – Dalam usaha memperkukuh ekosistem pembangunan bakat teknologi negara, delegasi Techsamana telah mengadakan kunjungan strategik ke Kelab Remaja ISMA – KRIM Alor Setar bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperkasa generasi muda melalui pendidikan, teknologi dan pembangunan komuniti. Delegasi Techsamana yang diketuai oleh En. Azril Hanafi, Pengerusi Techsamana, bersama En. Muslim Abdullah

Techsamana Teroka Potensi Remaja Utara Bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Alor Setar Read More »

Techsamana Perkukuh Kerjasama Dengan Kerjasama Dengan USM Dalam Agenda Pembangunan Bakat STEM dan Kedaulatan Teknologi Negara

PULAU PINANG, 9 Jun 2026 — Komuniti teknologi nasional, Techsamana, meneruskan Siri Jelajah Utara 2026 menerusi kunjungan hormat dan sesi pengenalan organisasi ke Aerospace Discovery Centre (ADC), Universiti Sains Malaysia (USM), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan jaringan strategik antara sektor komuniti teknologi dan institusi pendidikan tinggi negara. Lawatan tersebut bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan

Techsamana Perkukuh Kerjasama Dengan Kerjasama Dengan USM Dalam Agenda Pembangunan Bakat STEM dan Kedaulatan Teknologi Negara Read More »