Produk Kami Cipta
Aplikasi dan projek yang dibina oleh ahli komuniti Techsamana untuk kegunaan harian rakyat Malaysia. Percuma, tanpa iklan, dan dibangunkan di Malaysia.
Navigasi
Peta & navigasi untuk pemandu MalaysiaArahan belok demi belok dalam Bahasa Melayu, harga tol sebelum bertolak, amaran kamera had laju, dan waktu solat dengan surau terdekat di sepanjang perjalanan.
- Berfungsi di Android Auto dan Apple CarPlay
- Laporan jem, kemalangan dan kamera daripada pemandu lain, terus di peta
- Peta, carian dan pengiraan laluan dihoskan di pelayan dalam Malaysia
- Memandu tanpa perlu mendaftar akaun
Penilaian 4.6 di Google Play dan 4.7 di App Store

Al-Mathurat
Zikir pagi & petangWirid harian susunan Imam Hasan al-Banna, mengikut risalah asal Al-Ma'thurat, dengan teks Arab yang jelas dan terjemahan Bahasa Melayu berpandukan panduan terbitan JAKIM.
- Wazifah Kubra (41 bacaan) dan Sughra (25 bacaan)
- Audio bacaan pagi dan petang dengan sorotan ayat
- Waktu solat JAKIM, azan dan arah kiblat
- Tanpa iklan, tanpa akaun dan tanpa pengumpulan data
Penilaian 4.9 di App Store

Projek & program komuniti
Inisiatif lain yang digerakkan oleh ahli Techsamana, sebahagiannya masih dalam pembangunan.

Khutbah Atlas
Himpunan khutbah Jumaat daripada jabatan agama seluruh Malaysia, dikemas kini setiap minggu, bersama PDF asal.

Inovasi Pendidikan
E-buku hasil ahli Techsamana: “Jom Kemas Rumah!”, e-buku kanak-kanak berasaskan ilmu geospatial, dan “Kebanggaan Kami” sempena pelancaran satelit UZMASAT-1.

Buku Pink Digital
Kompanion digital untuk rekod kesihatan ibu mengandung, sebagai pelengkap Buku Pink. Projek komuniti bebas, bukan produk rasmi KKM. Dalam pembangunan.

GACARA
Program komuniti untuk kolaborasi, perkongsian dan jaringan sosial antara ahli.
Jom Sertai Komuniti Teknologi Profesional
Sesi perkongsian ilmu teknologi dalam suasana moden yang interaktif, mesra dan mudah difahami.

