techsamana

Techsamana adalah penggemar peranti, teknologi, kecekapan dan produktiviti yang berminat mengulas dan mengupas topik yang berkaitan sama ada dalam dan luar negara.

Tiga Dekad Mengejar Pasaran Digital: Adakah Negara Sedang Membina Kekuatan Nasional atau Sekadar Menjadi Pengguna Sistem Asing?

Penumpuan pelaburan fizikal berskala mega bagi fasiliti pusat data di koridor perindustrian selatan dan barat Semenanjung kini diposisikan sebagai pemacu utama fasa baharu ekonomi digital Malaysia. Pengumuman nilai pelaburan asing bernilai bilion ringgit diraikan dalam kerangka dasar ekonomi sebagai pencapaian strategik yang mampu merealisasikan unjuran sektor digital melangkaui suku daripada KDNK. Namun, kebergantungan naratif kemajuan […]

Tiga Dekad Mengejar Pasaran Digital: Adakah Negara Sedang Membina Kekuatan Nasional atau Sekadar Menjadi Pengguna Sistem Asing? Read More »

Malaysia Perlu Kuasai Ekosistem Drone, Bukan Sekadar Memiliki Teknologi

KUALA TERENGGANU — Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi pengguna teknologi drone kepada negara yang mampu menguasai keseluruhan ekosistem teknologi berkenaan bagi mengurangkan kebergantungan strategik kepada pihak luar. Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata kedaulatan teknologi drone tidak hanya bergantung kepada kemampuan menghasilkan atau membeli pesawat tanpa pemandu (UAS), sebaliknya merangkumi penguasaan teknologi

Malaysia Perlu Kuasai Ekosistem Drone, Bukan Sekadar Memiliki Teknologi Read More »

Techsamana Perkenal UAS-EDGE Untuk Bina Laluan Bakat Dari Sekolah Ke Industri

KUALA TERENGGANU — Minat generasi muda terhadap teknologi perlu diterjemahkan kepada laluan pembangunan bakat yang jelas supaya mereka dapat bergerak daripada sekadar pengguna teknologi kepada pencipta dan penyumbang kepada industri. Atas keperluan itu, Techsamana mengetengahkan pendekatan UAS-EDGE (UAS Ecosystem Development for Growth & Empowerment) sebagai satu kerangka pembangunan ekosistem bakat teknologi khususnya dalam bidang sistem

Techsamana Perkenal UAS-EDGE Untuk Bina Laluan Bakat Dari Sekolah Ke Industri Read More »

Drone Mampu Jadi Instrumen Diplomasi dan Pengaruh Strategik Malaysia

KUALA TERENGGANU — Teknologi drone bukan lagi sekadar aset penerbangan atau peralatan teknologi, malah berpotensi menjadi instrumen diplomasi dan pengaruh strategik sesebuah negara.Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata penguasaan ekosistem drone boleh membuka ruang kepada negara untuk membina hubungan keselamatan, memperluas kerjasama industri dan meningkatkan pengaruh geopolitik. Beliau berkata teknologi drone boleh menjadi

Drone Mampu Jadi Instrumen Diplomasi dan Pengaruh Strategik Malaysia Read More »

Sumber Tempatan Berpotensi Jadi Komponen Drone Masa Hadapan

KUALA TERENGGANU — Malaysia mempunyai sumber, kepakaran dan kapasiti industri tempatan yang berpotensi dimanfaatkan dalam pembangunan komponen teknologi drone, namun ia memerlukan usaha sistematik daripada penyelidikan sehingga pengeluaran. Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata pembangunan teknologi tempatan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada proses melokalkan produk asing, sebaliknya perlu bermula dengan mengenal pasti khazanah

Sumber Tempatan Berpotensi Jadi Komponen Drone Masa Hadapan Read More »

Bakat Tempatan Penentu Kedaulatan Teknologi Drone Malaysia

KUALA TERENGGANU — Pembangunan bakat tempatan perlu menjadi keutamaan dalam usaha Malaysia membina kedaulatan teknologi drone, kata Techsamana. Timbalan Pengerusinya, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata teknologi yang canggih tidak akan memberikan kelebihan strategik kepada negara sekiranya Malaysia tidak mempunyai tenaga manusia yang mampu mereka bentuk, mengintegrasi, menguji, membaiki dan menaik taraf sistem tersebut. Menurut beliau,

Bakat Tempatan Penentu Kedaulatan Teknologi Drone Malaysia Read More »

Mendepani Ancaman Cyberlibertarianism dalam Isu Network School Forest City

Rentetan kontroversi yang melanda Network School di Forest City, Johor baru-baru ini telah mengecilkan perbincangan awam kepada ruang lingkup yang sangat sempit. Naratif media arus perdana dan perdebatan di media sosial soalah-olah hanya melihhat isu ini dari sudut pelanggaran teknikal lesen perniagaan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta pemeriksaan pas lawatan sosial oleh Jabatan Imigresen.

Mendepani Ancaman Cyberlibertarianism dalam Isu Network School Forest City Read More »

Pengalaman Türkiye: Malaysia perlu membangunkan ekosistem universiti-industri yang berteraskan teknologi nasional

Hubungan antara universiti dan industri sering dianggap sebagai kunci utama dalam melahirkan inovasi serta mempercepatkan pembangunan teknologi sesebuah negara. Namun, cara hubungan ini dibentuk sebenarnya bergantung kepada falsafah pembangunan negara itu sendiri. Satu perkara yang menarik ialah perbezaan antara Amerika Syarikat dan Türkiye. Dua Falsafah, Dua Bentuk Ekosistem Amerika Syarikat banyak dipengaruhi oleh falsafah tekno-globalismm,

Pengalaman Türkiye: Malaysia perlu membangunkan ekosistem universiti-industri yang berteraskan teknologi nasional Read More »

Tahniah! Pelajar SMK Bukit Sawa Juara UAV Challenge

Persatuan Profesional Sains dan Teknologi Malaysia (TECHSAMANA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team TI-BSAS UAV, SMK Bukit Sawa atas kejayaan muncul sebagai Johan UAV Avionics Integration Challenge sempena MyAERO Challenge 2026. Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar sekolah juga mampu membangunkan teknologi berimpak tinggi apabila diberikan bimbingan, pendedahan dan ekosistem yang sesuai. UAV yang dipertandingkan bukan sekadar

Tahniah! Pelajar SMK Bukit Sawa Juara UAV Challenge Read More »

[TV PERTIWI] TECHSAMANA gesa syarikat teknologi tempatan jangan bersikap neutral demi kedaulatan negara

BANGI, 14 MUHARRAM – Syarikat teknologi, pemain industri pemula (startup) dan institusi penyelidikan tempatan digesa supaya tidak mengambil sikap berkecuali atau “neutral” dalam mendepani konflik geopolitik global. Sebaliknya, mereka perlu berani menyuarakan pendirian serta menguasai rantaian nilai teknologi secara lebih mandiri demi mempertahankan kedaulatan negara. Timbalan Pengerusi Persatuan Profesional Sains dan Teknologi Malaysia (TECHSAMANA), Muslim

[TV PERTIWI] TECHSAMANA gesa syarikat teknologi tempatan jangan bersikap neutral demi kedaulatan negara Read More »