Techsamana & SMK Bukit Sawa Terokai Potensi Kerjasama Strategik Bersama STRIDE

By techsamana

25 June 2026

Aktiviti, Kerjasama

𝗧𝗲𝗰𝗵𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 (𝗦𝗠𝗞) 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗦𝗮𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗜𝗕𝗞𝗦 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (𝗦𝗧𝗥𝗜𝗗𝗘), Kementerian Pertahanan Malaysia. Delegasi telah disambut oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗖𝗵𝗠. 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝗵𝗱𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗖𝗵𝗲 𝗜𝘀𝗮, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 (𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻) serta pegawai-pegawai kanan STRIDE bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan bakat, inovasi dan teknologi tempatan, khususnya dalam bidang aeroangkasa, UAS dan teknologi pertahanan.

Dalam sesi tersebut, Techsamana telah membentangkan visi, misi serta tiga nilai teras persatuan iaitu 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗮𝗿𝗶𝗳𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 & 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶. Turut diperkenalkan ialah 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗟 (𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗜𝗻𝗱𝗲𝗸𝘀 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮) serta 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗨𝗔𝗩 𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲 (𝗨𝗚𝗖) sebagai platform pembangunan bakat dan produk UAS yang menghubungkan sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan agensi kerajaan dalam sebuah ekosistem pembangunan teknologi yang bersepadu. SMK Bukit Sawa pula membentangkan kejayaan mereka membangunkan dan mengoperasikan 𝗨𝗔𝗩 𝗔𝗯𝗮𝗯𝗶𝗹 secara in-house oleh pelajar-pelajar, serta inisiatif 𝗧𝗜-𝗕𝗦𝗔𝗦 𝗧𝗲𝗰𝗵 𝗧𝗮𝗹𝗲𝗻𝘁 bagi melahirkan bakat aeroangkasa dan teknologi UAS di peringkat sekolah.

Pihak STRIDE menyambut baik usaha yang digerakkan oleh Techsamana dan SMK Bukit Sawa serta menyatakan sokongan terhadap pembangunan bakat STEM, teknologi aeroangkasa dan pendedahan awal teknologi kepada generasi muda. Nilai yang dibawa oleh Techsamana dilihat selari dengan aspirasi negara khususnya 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗗𝗜𝗣𝗡) untuk memperkukuh kedaulatan teknologi.

Techsamana merakamkan penghargaan kepada pihak STRIDE atas kesudian menerima kunjungan ini dan berharap perbincangan yang berlangsung menjadi asas kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

#Techsamana #STRIDE #MINDEF #SMKBukitSawa #KedaulatanTeknologi #KearifanLokal #PembangunanBakatTempatan

Artikel Berkaitan

Bacaan Berkaitan