Techsamana Seru Bangunkan Teknologi Mandiri Berteraskan Kearifan Lokal Demi Kedaulatan Negara

By techsamana

27 June 2026

Aktiviti

Persatuan Profesional Sains dan Teknologi Malaysia (TECHSAMANA) telah dijemput sebagai salah seorang panel dalam 𝗥𝗜𝗜𝗗𝗘𝗫 𝟮.𝟬 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 : “𝗙𝗿𝗼𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗼 𝗚𝗮𝘇𝗮: 𝗥𝗲𝗯𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗛𝗼𝗽𝗲 𝗧𝗵𝗿𝗼𝘂𝗴𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗰 𝗩𝗮𝗹𝘂𝗲𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻” bersempena 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗮𝘂 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 & 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗘𝗻𝘁𝗿𝗲𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿𝘀𝗵𝗶𝗽 𝗘𝘅𝗵𝗶𝗯𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 𝟮.𝟬 (𝗥𝗜𝗜𝗗𝗘𝗫 𝟮.𝟬) yang telah berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau pada 26 Jun 2026. TECHSAMANA telah diwakili oleh 𝗘𝗻. 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗶𝗸, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗧𝗘𝗖𝗛𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔, yang membincangkan kerangka dan peranan inovasi, sains dan teknologi dalam membina semula masyarakat ke arah pembebasan Palestin.

𝗠𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗭𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗶𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻

Dalam kerangka ini En Muslim menekankan bahawa bencana kemanusiaan yang berlaku di Gaza khususnya, adalah kerana Zionisme dan Entiti Zionis memusuhi kemanusiaan itu sendiri. Maka pembangunan teknologi dan inovasi bagi tujuan rebuilding (bina semula) bukan semata-mata untuk mengurangkan impak hasil bencana kemanusiaan tetapi ia perlulah mampu untuk menghapuskan sumber bencana tersebut dan mengembalikan kehormatan umat Islam.

𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶𝗮𝘁 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗡𝗲𝘂𝘁𝗿𝗮𝗹 (𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸)
 
Menurut En Muslim, Syarikat-syarikat teknologi barat secara terang-terangan dan tanpa berselindung menyokong dan menyediakan fasiliti mereka untuk penyembelihan umat Islam di Palestin, contohnya Project Nimbus di mana Google dan Amazon menyediakan fasiliti perkomputeran awan untuk melatih AI bagi tujuan penjajahan di Gaza.
Maka syarikat teknologi Malaysia perlu nyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin dan membantu pembebasan Palestin. Bahkan perlu berusaha membangunkan solusi dan produk alternatif serta menguasai rantaian nilai sehingga mampu membangunkan teknologi yang setanding bahkan lebih baik.
 
𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗗𝘂𝗮𝗹 𝗣𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲
 
Mengambil pengalaman daripada peristiwa di Gaza dan pendekatan kerajaan Malaysia yang telah melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) yang antaranya memfokuskan kepada HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) dan pendekatan WOGOS (Whole of Government & Whole of Society).
 
Selaras dengan dasar tersebut, En Muslim mencadangkan kepada mahasiswa dan syarikat startup supaya membangunkan inovasi teknologi strategik berteraskan high tech & deep tech yang boleh digunakan bagi tujuan komersial dan juga pertahanan. Hal ini boleh memperkukuhkan kesiapsiagaan, keselamatan dan kedaulatan negara. Dalam masa yang sama boleh memenuhi aspek keperluan pasaran komersial.
 
𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗸𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗘𝗖𝗛𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔
 
En Muslim juga berkongsi dengan para hadirin tiga nilai utama yang diketengahkan TECHSAMANA;
𝗞𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 perlulah menjadi salah satu indikator pencapaian bagi sebuah inovasi dan pembangunan teknologi. Pembangunan teknologi hendaklah melalui proses ke arah sepenuhnya konten lokal dan mandiri.
 
𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗿𝗶𝗳𝗮𝗻 𝗹𝗼𝗸𝗮𝗹 dengan mengupayakan nilai, budaya, pengalaman dan sumber tempatan sebagai asas pembangunan teknologi dan inovasi.
Akhir sekali 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 perlu menjadi tumpuan utama dalam rantaian nilai dan ekosistem kedaulatan dan kemandirian teknologi .
 
TECHSAMANA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau serta semua rakan penganjur atas jemputan dan penganjuran program yang bermakna ini.
 
Semoga platform seperti RIIDEX terus menjadi ruang untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, tetapi turut mempunyai tujuan yang besar yang mampu meningkatkan kapasiti Malaysia daripada sebuah negara pengguna kepada negara pengeluar yang mandiri.
 
𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮. 𝗞𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻. 𝗞𝗲𝗮𝗿𝗶𝗳𝗮𝗻

Artikel Berkaitan

Bacaan Berkaitan