Hari ini kami berpeluang melihat sendiri satu contoh sebenar bagaimana program pembangunan teknologi boleh dibinadan dilaksanakan daripada peringkat akar umbi melalui lawatan ke BSaS Aeronautics UAV Technical Centre di Smk Bukit Sawa.

Apa yang dibangunkan di sini bukan sekadar fasiliti sekolah, tetapi satu model pembangunan bakat teknologi yang bermula lebih awal, melalui pendedahan hands-on dalam bidang UAV dan aerospace. Technical Centre ini mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan, universiti dan pemain industri.
Ini adalah gambaran jelas bahawa pembangunan teknologi tidak boleh bermula hanya di universiti atau industri. Ia mesti bermula dari sekolah. Selari dengan itu, Techsamana sedang menggerakkan sebuah program pembangunan bakat UAS secara berstruktur
Matlamatnya bagi membina pencipta, pembangun dan pemilik keupayaan teknologi negara.
Model seperti di SMK Bukit Sawa ini sepatutnya diperluaskan, disokong, dan dijadikan standard nasional.

Techsamana percaya bahawa masa depan kedaulatan teknologi negara bergantung kepada bagaimana kita membina generasi hari ini secara sistematik, berterusan dan berani.
Kami mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak, sama ada pendidikan, industri, agensi dan komuniti, untuk bersama-sama membina ekosistem ini.
Kedaulatan Teknologi dan Kemandirian Negara bermula daripada pendidikan.
#Techsamana #UAS #UGC #DroneEcosystem #STEMMalaysia #KedaulatanTeknologi #KemandirianNegara