Elementor #1903

By techsamana

30 June 2026

Uncategorized

Persatuan Profesional Sains dan Teknologi Malaysia (TECHSAMANA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Team TI-BSAS UAV, SMK Bukit Sawa atas kejayaan muncul sebagai Johan UAV Avionics Integration Challenge sempena MyAERO Challenge 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar sekolah juga mampu membangunkan teknologi berimpak tinggi apabila diberikan bimbingan, pendedahan dan ekosistem yang sesuai. UAV yang dipertandingkan bukan sekadar diterbangkan, malah dibangunkan sendiri oleh pelajar berusia 13 hingga 16 tahun melalui proses pembangunan kejuruteraan yang lengkap, merangkumi reka bentuk, fabrikasi, integrasi sistem, penalaan, ujian serta persediaan penerbangan.

TECHSAMANA turut merakamkan penghargaan kepada Cikgu Badrul Hisyam Zakaria dan Ustaz Nasir Draman atas komitmen luar biasa dalam membimbing pelajar. Usaha mereka membangunkan bakat, mendapatkan penajaan, membina jaringan kerjasama, mengurus latihan teknikal serta memperkukuhkan penguasaan Matematik dan kejuruteraan menjadi faktor penting di sebalik kejayaan ini.

Cikgu Badrul Hisyam Zakaria juga merupakan Ahli Jawatankuasa Special Interest Group (SIG) Unmanned Aerial Systems (UAS) TECHSAMANA, yang sentiasa komited memperkukuh pembangunan bakat UAV di peringkat sekolah.

TECHSAMANA berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak institusi pendidikan untuk membangunkan bakat dalam bidang STEM, aeroangkasa dan teknologi strategik. Malaysia memerlukan lebih ramai generasi muda yang bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi berkeupayaan mereka bentuk, membangunkan dan mengintegrasikan teknologi tempatan ke arah memperkukuh kedaulatan serta kemandirian teknologi negara.

Sekali lagi, tahniah kepada seluruh warga Team TI-BSAS UAV. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Kuasa. Kedaulatan. Kearifan.

Artikel Berkaitan

Bacaan Berkaitan