𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶𝗮𝘁 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗡𝗲𝘂𝘁𝗿𝗮𝗹 (𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸)
Menurut En Muslim, Syarikat-syarikat teknologi barat secara terang-terangan dan tanpa berselindung menyokong dan menyediakan fasiliti mereka untuk penyembelihan umat Islam di Palestin, contohnya Project Nimbus di mana Google dan Amazon menyediakan fasiliti perkomputeran awan untuk melatih AI bagi tujuan penjajahan di Gaza.
Maka syarikat teknologi Malaysia perlu nyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin dan membantu pembebasan Palestin. Bahkan perlu berusaha membangunkan solusi dan produk alternatif serta menguasai rantaian nilai sehingga mampu membangunkan teknologi yang setanding bahkan lebih baik.
𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗗𝘂𝗮𝗹 𝗣𝘂𝗿𝗽𝗼𝘀𝗲
Mengambil pengalaman daripada peristiwa di Gaza dan pendekatan kerajaan Malaysia yang telah melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) yang antaranya memfokuskan kepada HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) dan pendekatan WOGOS (Whole of Government & Whole of Society).
Selaras dengan dasar tersebut, En Muslim mencadangkan kepada mahasiswa dan syarikat startup supaya membangunkan inovasi teknologi strategik berteraskan high tech & deep tech yang boleh digunakan bagi tujuan komersial dan juga pertahanan. Hal ini boleh memperkukuhkan kesiapsiagaan, keselamatan dan kedaulatan negara. Dalam masa yang sama boleh memenuhi aspek keperluan pasaran komersial.
𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗸𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗘𝗖𝗛𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔
En Muslim juga berkongsi dengan para hadirin tiga nilai utama yang diketengahkan TECHSAMANA;
𝗞𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 perlulah menjadi salah satu indikator pencapaian bagi sebuah inovasi dan pembangunan teknologi. Pembangunan teknologi hendaklah melalui proses ke arah sepenuhnya konten lokal dan mandiri.
𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗿𝗶𝗳𝗮𝗻 𝗹𝗼𝗸𝗮𝗹 dengan mengupayakan nilai, budaya, pengalaman dan sumber tempatan sebagai asas pembangunan teknologi dan inovasi.
Akhir sekali 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 perlu menjadi tumpuan utama dalam rantaian nilai dan ekosistem kedaulatan dan kemandirian teknologi .
TECHSAMANA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau serta semua rakan penganjur atas jemputan dan penganjuran program yang bermakna ini.
Semoga platform seperti RIIDEX terus menjadi ruang untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, tetapi turut mempunyai tujuan yang besar yang mampu meningkatkan kapasiti Malaysia daripada sebuah negara pengguna kepada negara pengeluar yang mandiri.
𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮. 𝗞𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻. 𝗞𝗲𝗮𝗿𝗶𝗳𝗮𝗻