KomputerTeknologi Maklumat

Ilmuwan Penemu 4G, 5G dan 6G, Terinspirasi Al-Quran dan Hadis

Pakar Coding dan Telekomunikasi Indonesia daripada Institusi Teknologi Bandung (ITB) Dr. Eng. Khoirul Anwar mengungkapkan hikmah luar biasa yang dia dapatkan saat mempelajari ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dalam penelitian.

Profesor pemilik 8 paten antarabangsa dalam bidang telekomunikasi ini mengaku mendapatkan inspirasi daripada Al-Quran dan Sunnah dalam penemuan teori-teori dasar bagi teknologi 5G dan 6G.

“Sumber inspirasi yang mampu menghadirkan ilham ketika mencari pendekatan coding yang terbaik yang pada akhirnya membawa kepada penemuan teori-teori dasar bagi teknologi 5G dan 6G, ” kata lelaki yang berasal dari Kediri lulusan Jurusan Teknik Elektro ITB yang lulus dengan kepujian (IPK: ~4.00) pada tahun 2000 itu dalam Seminar Ilmiah Antarabangsa Mata Air 2020 anjuran Kelompok Keahlian Ilmu-Ilmu Kemanusiaan (KKIK), ITB, Sabtu (7/3).

Peneliti berasal dari Indonesia ini telah membanggakan Indonesia dengan prestasi di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan penemu dan sekaligus pemilik paten teknologi 4G berasaskan OFDM (Orthogonal Frequency Division Multiplexing).

Penemuan ini kemudian mendapat penghargaan Best Paper untuk kategori Young Scientist di Institute of Electrical and Electronics Engineers Vehicular Technology Conference (IEEE VTC) 2010 – Spring pada 16-19 Mei 2010 di Taiwan. Kini hasil penemuan yang telah dipatenkan itu digunakan oleh sebuah perusahaan elektronik yang terbesar di Jepun.

Para ilmuwan yang lain, Dr Qoriah Serigar yang juga Pensyarah ITB mengangkat tema “Kehidupan Beragama Masyarakat Digital Sebagai Sebuah Kajian Tekno-agama”. Beliau memberikan pandangan tentang pelbagai pengaruh teknologi pada ilmu pengetahuan dan kehidupan beragama masyarakat.

“Terutama masyarakat moden yang saat ini amat bergantung kepada teknologi digital. Oleh itu, sangat penting untuk dijangkakan kesan positif dan negatif dari teknologi agar tidak melunturkan nilai-nilai agama,” ujarnya.

Sementara itu, Pimpinan Majalah Ilmiah Mata Air, Astri Kartini Alafta yang turut menyokong aktiviti ini dengan tema “Islamic Civilization and its Proclivity to Science: A Forgotten History of Dark Ages” mengatakan, saat dunia barat dalam kegelapan, justeru menjadi era emas bagi dunia Islam.

“Kala dunia barat dalam abad kegelapan yang mendera pada saat itu tidaklah berlaku bagi dunia Islam, sehingga tepat bila dikatakan bahawa pada masa itu ada kegelapan bagi dunia barat, namun terang bagi dunia Timur,” kata Astri Kartini Alafta.

Bahkan dipaparkannya perkembangan ilmu pengetahuan di barat berhutang besar kepada penterjemahan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang dilakukan oleh dunia islam pada masa itu.

Dr. Saleh Yucel dari Charles Sturt University dalam kesempatan ini juga membongkarkan fakta mencengangkan tentang penemu Amerika Syarikat. Dikatakannya, Columbus bukanlah orang pertama yang sampai ke benua Amerika.

“Bukti-bukti arkeologi menunjukkan banyak sekali penemuan yang didapatkan di Amerika Syarikat dan Mexico yang menunjukkan keberadaan orang-orang Islam di benua tersebut, jauh sebelum Colombus datang,” ujarnya.

Salih juga memberikan berbagai bukti akademik yang telah diterbitkan di Amerika sendiri. “Amerika sendiri meragukan Columbus yang pertama datang ke benua itu kerana bukti menunjukkan keberadaan peradaban Islam.”tegasnya.

Sedangkan peneliti dari KKIK ITB, Dr. Syihabuddin menjelaskan mukjizat tersirat dan tersimpan dalam ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya terkait dengan pendekatan linguistik dalam memahami fakta-fakta tersirat dari Surah Saba’ ayat 10-12.

Sumber: Asian Muslim

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close